hijrah wanita

hijrah wanita

Jumaat, 28 Ogos 2015

hati

Alhamdulilah... masih di pinjamkan nyawa ini.. terima kasih Ya Allah..

bismillahirahmanirrahim..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani

selalu bercakap dalam hati .. Ya Allah kuatkan aku..Ya Allah kuatkan imanku.. Ya Allah berikan aku hidayahMu.. Ya Allah bantulah aku menjaga batas2 aku sebagai wanita..

wanita adalah istimewa..  diciptakan dengan keistimewaan.. subahanallah.. sungguh mulia seorang wanita pada diriMu Ya Allah.. tpi knp lebih banyak wanita yg terpesong..dan lebih banyak yg masuk ke neraka...nauzubillah.. nampak mudah wanita untuk mendapatkn Syurga tapi cara wanita mempergunakannya yg membawa wanita itu silap langkah..

cukup besar dgn nama wanita tapi lebih indah jika ia di tambah dengan solehah.. Allahuakhbar.. aku tidak patut di sayangi kerana aku belum capai matlamat utk berubh.. sdikit dmi sdikit aku cuba.. dan aku tahu btmbh byk syaitan mndekatiku.. cukup aku yakin..yg Allah ada di smpingku sudah membuat aku berani utk brubh..brubh..brubh..

zue

Khamis, 27 Ogos 2015

rasa bersalah

kadang-kadang kita pasti terlepas daripada perbuatan kita.. hari ini kita bertekad untuk tidak melakukan ini tiba-tiba tanpa diduga kita telah melakukannya dan kita rasa bersalah dengan diri kita sendiri..malu pada diri sendiri padahal kita telah berjanji untuk tidak melakukan itu lagi... YA Allah , hari ini aku telah malu dengan diri aku sendiri kerana aku nyanyi sambil membuat kerja.. itu satu kesalahan pada diri aku..padahal aku berjanji pada diri aku yang aku takkan menyanyi lagi lagu2 melalaikan itu dan aku hanya akan mendengar lagu berusur nasihat..nasyid dan menenangkan... malunya aku YA Allah ..malu pada diriMU , malu jga pada diriku sendiri...

semoga esok aku tak melakukannya lagi.. rasa bersalah sampai ke malam aku memikirkannya.. YA Allah teruknya iman aku... mcm ni aku nak jadi wanita pilihanMU...malunya lah aku.. benda kecil sahaja aku belum mampu menanhan iman... Subahanallah... Allahuakhbar.. kuatkan imanku..iman kecilku..hatiku.. supaya aku tidak lalai lagi...

maafkan aku YA Allah...

wahai Malaikat pencatit keburukan dan kebaikan Malaikat Raqib dan Atid semoga amalanku hari ini lebih berpihak kepada Malaikat Raqib... akan ku ushaakan untuk mengawal nafsu minat menyanyi demi pertahankan iman ku..demi Tuhanku yang satu Allah SWT..

walaupun dlu aku terlalu minat dengan muzik... drama... filem... aku harus membuang semua minatku.. cegahlah dengan tangan , jika tak mampu cegahlah dengan lidah tapi kalau masih tak mampu cegahlah dengan hati kerna hati selemah-lemah iman... ALLAHUAKHBAR..

doakan aku untuk tergolong dari perhatianMU Ya Tuhanku...aminn

zue

pendapat

setiap apa yang kita lakukan akan menjadi perhatian... malu tak kalau Allah nampak apa perbuatan buruk yang kita lakukan.. YA Allah malunya kalau itu terjadi... sentiasalah mencerminkan diri kita sendiri..walau sebesar apa pun amalan baik yang kita lakukan sehingga di puji tapi ingatlah pada diri kita yang kita tak mungkin sempurna takot nanti perktaan kita memakan diri sendiri.. bayangkalah setiap saat mu..hari mu yang kamu berdiri di hadapan cermin.. dari situ kamu pasti akan menjaga diri kamu sendiri tanpa melihat kanan dan kiri..

setiap perubahan pasti di uji.. pelbagai perkara kita psti di uji.. sebab Allah nak tahu sebebsar mana iman kita.. mamapukan kita mencegah nya..

renung renungkan.. selamat beramal

cermin adalah bayang2 yang kita tak pernah nampak tpi ia dpt membantu kita untuk sentiasa merendah diri..

waallahualam..

zue

Rabu, 26 Ogos 2015

erti Al fatihah

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani

segala puji bagi ALLAH
Tuhan semesta alam
maha pemurah lagi maha penyayang
yang menguasai hari pembalasan
hanya kepadamu ya ALLAH
Kami menyembahmu Ya Allah
hanya kepadamu kami mohon pertolongan
tunjukilah kami jalan yg lurus
iaitu jalan org2 yg kau kurniakan nikmat kepada mreka
bkn jalan mreka yg dimurkai dan bukan pula jln mreka yg sesat

Selasa, 25 Ogos 2015

sering disalah erti


cinta Allah

Ketika ZULAIKHA kejar cinta Nabi YUSUF
Makin jauh Nabi YUSUF darinya
Ketika ZULAIKHA mengejar cinta ALLAH
ALLAH datangkan Nabi YUSUF kepadanya
Nampak?

maafkan aku

makin besar diri ki makin aku belajar yang hidup ini terlalu singkat untuk cari ilmu, makin besar diriku makin aku belajar yang tak semua orang sama pendapat denganku, makin besar diriku ini makin aku belajar yang mati itu mungkin mnghampiriku.. Allahuhuakhbar maafkan kesalahanku andai selama kalian mengenaliku 22 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini aku ada menyigung mana2 hati maafkanlah aku.. dan semoga perubahan aku di terima Allah..maafkan lah aku sahabat.. Salam ukhwah fillah...

biodata aku

tak kenal maka tak cinta... jika nak berkawan cukup kenali biodata aku.. dari situ kau akan mengenal siapa aku.. tak perlulah nk berjumpa atau bermesej..cukup mengenal aku dari biodata aku.. berkawan biar beribu asal kawan itu bawa kita ke jalan yang betul jangan sampai sesat nanti.. keep smile 

biodata aku 

nama : siti zulaiha 
umur : 22 tahun
tarikh lahir : 16 januari 1993
anak keberapa : 2
adik beradik : 5
kejaya : bekerja
status pengajian : diploma 
status : single 
terget hidup : wanita solehah jadi pegangan

dh2 cukup setakat itu... karang org ckp perasan plk pmpuan ni... 

assalamualaikum
waalaikumsalam

nurkilan
siti zulaiha

saat aku bangun , aku pasti akan lemah dan terjatuh berkali-kali..aku takot..takot sangat dengan diri aku...pernah suatu ketika dahulu aku selalu berkata pada diriku yang aku ingin berubah tapi aku gagal..gagal..sedikit demi sedikit aku berubah dari segi pemakaian mengikut syarak sehinggalah kini aku berazam pada diri aku yang aku tak boleh jatuh lagi.. cukuplah dahulu aku jatuh dari keazaman aku tapi kini aku ingin bangkit menjadi wanita islam yang sebenar.. YA Allah... bantu aku..bantu aku.. aku ingin menjadi wanita yang selalu diperhatikan olehMU dan menjadi antara calon-calon wanita solehah pilihanmu..

kini 2015.. 21 ogos 2015 adalah tarikh di mana seorang sahabat yang berhati mulia yang aku kenal 5 tahun yang lalu menghadiahkan sebuah buku yang aku belum pernah baca dan jarang untuk membacanya..buku ilmu yang memberi pengetahuan ilmu yang sangat mendalam sehingga aku menjadi aku yang baru.. pada mulanya aku tidak tahu kenapa sahabat aku menghadiahkan buku ini adakah sahabat aku ingin perli aku atau menyindir aku melalui buku tetapi tidak.. hadiah yang sengaja dia berikan kepada aku adalah hadiah yang paling bermakna yang pernah aku dapat seumur hidup aku.. terima kasih sahabat.. terima kasih atas niat murnimu...kerana niatmu itu , kau telah membuka pintu hatiku menjadi luas untuk menuju ke jalan Ilahi.. Allahuakhbar.. doakan aku sahabat..

mungkin anda semua tertanya-tanya apakan buku itu, buku yang buat hati aku berdegup..buat jatung aku sempat terhenti..buat bulu romaku mengangkat sendri..buat aku tersentap sendiri dengan kata-kata dari buku itu..aku tak kata buku itu yag buat aku berubah tetapi buku itu buat aku ingin berubah... kadang-kadang itu manusia ini perlu diberi sentapan yang mendalam..dan kasar tapi penuh makna kerana itu yang akan membuah hasil yang baik..percaylah.. dan buku itu adalah buku nurkilan dari ustaz Adnin Roslan iaitu tarbiah sentap.. sungguh setiap hariku , aku akan membaca buku itu sedikit demi sedikit kerna kefahaman seseornag itu tidak perlu di paksa tapi niat untuk menerima buat kafahaman kita menjadi satu matlamat... 

dari muka surat 1 sehingga kini aku masih belum habis membacanya tetapi aku terasa..terasa sungguh dengan kata-kata dari buku itu, sampai satu masa aku menangis sendiri atas apa yang aku buat selama aku hidup 22 tahun di muka bumi Allah ini... Subahanallah.. banyaknya dosaku..walaupun aku jarang emmbuat dosa2 besar tapi dosa2 kecil itu yang bertambah2 membuat aku sedih dan kecewa dengan diri aku ini.. YA ALLAH.. ampunkanlah dosa umatMU ini, aku terlalu leka sehingga dosa kecil menjadi dosa yang besar.. Allahuakhbar..

sedikit demi sedikit aku baca dan sedikit demi sedikit juga aku berubah ats diri aku sendiri.. dan aku berhrap perubahan aku ini diterima ALLAH SWT.. bantu lah aku sahabat.. bantu lah aku untuk menjadi antara wanita-wanita Syurga.. in syaa ALLAH.. 

nurkilan 
siti zulaiha 
(andai nyawaku diambil.. ambillah saat aku sudah bertaubat)